top of page

Dua Keluarga Terperangkap Banjir Diselamatkan

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 1 min read

4 Januari 2026


BEAUFORT: Dua keluarga yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di Kampung Kangsa, di sini, berjaya diselamatkan pihak berkuasa.


Semua individu termasuk lima kanak-kanak itu dibawa keluar sebelum ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi.


Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama lori JBPM dikerah ke lokasi yang terletak sejauh 27 kilometer untuk membantu.


“Berdasarkan laporan diterima, terdapat mangsa terperangkap di dalam rumah disebabkan kawasan rumah di naiki air.


“Seramai sembilan mangsa melibatkan empat dewasa dan lima kanak-kanak berjaya dipindahkan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua mangsa termasuk dua bayi itu di hantar ke PPS Dewan Selagon menggunakan lori Bomba.


“Setelah memastikan tiada lagi mangsa yang perlu dipindahkan operasi ditamatkan pada jam 11.35 pagi.


“Bagaimanapun, pihak JBPM akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page