top of page

Dua maut, tiga cedera kemalangan babitkan 3 kenderaan di Jalan Apas- Balung

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

31 Disember 2025


TAWAU: Dua maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan - sebuah lori lima tan, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal di Batu 16, Jalan Apas- Balung di sini, petang tadi.


Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.26 petang.


Susulan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian sejauh 28 kilometer (KM) dari balai.

ree

"Setibanya di lokasi pada jam 5.55 petang, dua mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,"katanya.


Menurut kenyataan itu, dua mangsa lelaki yang berada di dalam lori lima tan mengalami kecederaan ringan selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat, manakala, pemandu Toyota Hilux, 61, mengalami kecederaan ringan.


Mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala, kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan.

ree

Tiada kerja-kerja penyelamatan dijalankan oleh JBPM kerana semua mangsa sudah dikeluarkan.


Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.


Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama PDRM dan KKM.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page