top of page

Dua Vesel Pukat Jerut Bilis Ditahan

  • nabalunews
  • Nov 11
  • 1 min read

ree

11 November 2025


LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua vesel pukat jerut bilis dalam operasi berasingan di perairan Tabawan, Kunak, semalam.


Kedua-dua vesel berkenaan ditahan sekitar pukul 3.30 petang di kedudukan kira-kira 0.5 batu nautika utara Pulau Tabawan.


Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, operasi dilakukan sepasukan anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023 dan Op Tiris 3.0.

ree

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati, sebuah vesel dikendalikan tiga warga tempatan berusia 21 tahun hingga 33 tahun.


“Manakala sebuah lagi vesel dikendalikan seorang warga Filipina berusia 52 tahun dan dua warga tempatan berusia antara 24 hingga 44 tahun.


“Semua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua vesel berkenaan melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, penahanan terbabit dilakukan atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat.


“Maritim Malaysia sentiasa komited memastikan aktiviti perikanan dilakukan mengikut undang-undang demi menjaga sumber marin negara.


“Tindakan menahan bot yang melakukan kesalahan adalah langkah tegas bagi melindungi ekosistem perairan serta memastikan hak dan sumber nelayan pesisir terpelihara.” katanya.


Dzulfikhar berkata, kedua-dua vesel serta kru telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut.


Sehubungan itu, Dzulfikhar berkata, Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan sebarang maklumat atau aktiviti mencurigakan.


“Maklumat boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-930 5727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page