top of page

Dua Wanita Ditahan Kerana Gaduh Dan Rosakkan Restoran Di Tawau

  • nabalunews
  • Jul 12
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


TAWAU, 12 Julai 2026 – Dua wanita, masing-masing berusia 19 dan 20 tahun, telah ditahan oleh Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada malam 10 Julai lalu, berhubung kejadian pergaduhan yang mengakibatkan kerosakan harta benda di sebuah restoran di Bandar Fajar, Tawau.


Tangkapan dibuat di tepi Jalan Haji Karim tidak lama selepas wakil restoran membuat laporan polis pada jam lebih kurang 8 malam.

Dalam kejadian itu, kedua-dua pelanggan wanita tersebut dipercayai bergaduh di dalam premis, menyebabkan beberapa peralatan dan barang hiasan restoran rosak. Jumlah kerugian masih dalam proses anggaran oleh pihak pemilik premis.


Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa pasport atau permit sah. Suspek warga asing itu kini turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Tiada rampasan dibuat sepanjang tangkapan dijalankan.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh di tempat awam) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat menyebabkan kerosakan). Jika sabit kesalahan, mereka boleh berdepan dengan hukuman denda atau penjara sehingga dua tahun.


Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat atau menghubungi IPD Tawau.

 
 
 

1 Comment


dear.whitefish.dkic
Aug 05

Snow Rider 3D demonstrates that a game does not need a complex storyline or elaborate mechanics to attract millions of players, thanks to its addictive gameplay, high speed, and the exhilarating sense of conquest it offers.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page