top of page

DUN Sabah Terbubar Sendiri Pada 11 November Depan

nabalunews
Aug 28, 2025
1 min read

28 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan terbubar sendiri pada 11 November depan sekiranya tiada pembubaran dibuat sebelum tarikh berkenaan.


Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya DUN terbubar pada tarikh berkenaan.


“Apabila penggal DUN semasa berakhir, DUN akan terbubar secara automatik tanpa perlu sebarang pengisytiharan tambahan.


“Selepas itu, adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk menetapkan tarikh pilihan raya baharu,” katanya pada sidang media di DUN Sabah, di sini, hari ini.


Sementara itu, tarikh pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) masih menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat Sabah.


Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini pernah membayangkan kemungkinan DUN dibubarkan selepas Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada akhir Julai lalu.


Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang pengumuman dibuat dan tarikh dicadangkan untuk pembubaran DUN Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page