top of page

Eksesais Kekar Malindo tingkatkan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia dan Indonesia

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 24, 2023
  • 1 min read

24 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


TAWAU: Eksesais Kekar Malindo siri 46AB/2023 yang melibatkan 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia bermula hari ini di sekitar Tawau dan Kalabakan.


Eksesais bilateral ini berlangsung selama sembilan hari dengan tujuan meningkatkan keupayaan Malaysia dan Indonesia dalam latihan secara gabungan untuk konteks peperangan konvensional di fasa ofensif.


Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia Brig Jen Hashim Osman berkata, “Selain meningkatkan persefahaman serta hubungan baik kerjasama, latihan bilateral seumpama akan dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dan anggota dari segi taktik dan prosedur membabitkan aspek teknikal."


Beliau berkata demikian ketika melancarkan Eksesais Kekar Malindo siri 46AB/2023 dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statistik Sungkai di sini, hari ini.


Jelas Hashim, konsep eksesais adalah latihan silang serta latihan medan, justeru pasukan pasukan bantuan tempur Formasi 5 Divisyen seperti armor, jurutera dan artileri medan selain elemen-elemen bantuan khidmat di bawah naungan Briged ke-13 Infantri Malaysia juga terlibat bagi merealisasikan keupayaan tempur semasa.


Tambah beliau, konsep 'learn and relearn' perlu sentiasa diadaptasi serta diaplikasi dalam setiap latihan yang dilaksanakan, dan eksesais secara gabungan seumpama itu merupakan medium terbaik mengenal pasti kelemahan atur gerak meningkatkan kesefahaman taktikal kedua-dua negara.


Sementara itu, Komandan Batalion Infantri 613 Raja Alam, Tarakan, Indonesia, Let Kol Danan Wisnubrata berkata eksesais itu mewujudkan hubungan bilateral yang dilandasi rasa saling percaya dan hormat selain meningkatkan ilmu ketenteran antara perajurit dua negara.


Briged ke-13 Infantri Malaysia dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan eksesais itu diadakan hingga 1 Nov ini.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page