Elon Musk akan datang ke Malaysia untuk rasmi ibu pejabat Tesla bersama Anwar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Elon Musk akan datang ke Malaysia untuk rasmi ibu pejabat Tesla bersama Anwar


10 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA TERENGGANU: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan SpaceX, Elon Musk dijangka akan mengunjungi Malaysia untuk merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung September atau Oktober ini.


Perkara ini diumumkan oleh Anwar sendiri semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Perpaduan MADANI di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini, pada Rabu.


Anwar berkata, beliau telah berbincang secara maya dengan Elon pada bulan Julai lalu dan mendapat persetujuan daripada usahawan bilionair itu untuk menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya.


"Selang dua tiga minggu selepas pertemuan, ketua rantau Asia jumpa saya. Dia kata, Prime Minister, kami sudah membeli bangunan besar di Cyberjaya untuk ibu pejabat dan dijangka siap akhir September atau Oktober ini. Kami minta Perdana Menteri merasmikan, saya cakap boleh tapi dengan syarat Elon Musk datang, kami rasmi sekali," katanya.


Beliau juga berkata, Elon telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini. Selain itu, dua lagi syarikat milik Elon iaitu SpaceX dan Starlink yang menyediakan perkhidmatan internet satelit juga bercadang menjadikan Malaysia sebagai hab syarikat-syarikat tersebut.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page