top of page
  • Wartawan Nabalu News

Emossi FT muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Ranau 2022


Pasukan Emossi FT dan Jason (tengah).

12 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


RANAU: Pasukan Emossi Ft dari Tuaran muncul juara dalam Kejohanan Futsal Terbuka Ranau 2022 edisi pertama, di Ranau Extreme Futsal, baru-baru ini.


Dengan kemenangan itu, Emossi FT membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, trofi serta medal.


Naib johan pula dimenangi pasukan Tabaru Ft dari Ranau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 berserta medal.


Manakala FC D&J dari Keningau dan MS TEAM dari Kota Marudu masing-masing memenangi tempat ketiga.


Kedua-dua pasukan tersebut juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200 dan medal.


Kejohanan edisi pertama itu dianjurkan oleh Creative Factory dan W&W Photocopy dengan kerjasama Ranau Extreme Futsal.


Pengerusi penganjur Jason George berkata pertandingan tersebut menerima sambutan yang memberangsangkan apabila sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan itu.


"Kejohanan ini merupakan satu platform kepada penggiat sukan futsal dan mencungkil bakat-bakat baharu para belia untuk peringkat lebih tinggi.


"Melalui pertandingan seperti ini, para belia khususnya di Ranau dapat bersaing dengan pasukan-pasukan dari daerah luar.


"Ini sekaligus memperkasakan mereka dalam arena sukan futsal," katanya.


Jason turut berharap menerusi penganjuran pertandingan seumpama ini, ianya dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk di ketengahkan di liga-liga professional samada dalam atau luar negara.


"Sudah tentu harapan besar saya ingin melihat anak sabah bermain di luar negara dengan membawa nama Sabah suatu hari nanti," katanya.


Dalam pertandingan edisi pertama tersebut, Iqram dari Tabaru FT dianugerahakan sebagai Pemain Terbaik manakala Mohd Fendy dari kumpulan Emossi FT memenangi anugerah pemain bawah 18 terbaik.


Jason juga mempelawa anak-anak muda untuk menyertai Kejohanan Futsal Terbuka Ranau 2023 edisi kedua di tempat yang sama pada 4 Febuari akan datang.

bottom of page