- nabalunews
COVID-19: EMPAT KEMATIAN, 108 KES MASIH DIRAWAT DI ICU

14 OKTOBER 2020
OLEH WARTAWAN NABALU NEWS
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan empat lagi kes kematian akibat Covid-19, pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 167 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat mangsa berumur 47 hingga 80 tahun iaitu tiga wanita dan seorang lelaki, masing-masing satu kes di Hospital Lahad Datu dan Hospital Queen Elizabeth serta dua kes di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
“Kesemua pesakit mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, gout dan kencing manis,” katanya.
Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 108 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.