Empat kenderaan terbakar di Bulatan Masjid Bandaraya, Likas
- nabalunews
- Mar 7, 2025
- 1 min read

7 Mac 2025
KOTA KINABALU: Sebuah kebakaran melibatkan empat kenderaan berlaku di Bulatan Masjid Bandaraya, Likas, tengah hari tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Komander Operasi, PBK II Wilfred Sulai, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12:59 tengah hari sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula jentera dan sumber air daripada tangki jentera bomba.
“Kebakaran melibatkan sebuah Toyota Alphard yang terbakar 90 peratus, sebuah Proton Iriz 60 peratus, sebuah Proton Saga lima peratus dan sebuah Proton Iswara tujuh peratus,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan kenderaan tersebut diparkir di tepi jalan raya semasa solat Jumaat tengah hari tadi.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama sebuah LFRT dan EMRS dikerahkan ke lokasi. Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 1:07 petang dan tamat sepenuhnya pada 1:50 petang.


















Comments