Empat Lelaki Termasuk Warga Asing Ditahan dalam Ops Tapis Narkotik Sandakan
- nabalunews
- Mar 27
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
27 Mac 2026
SANDAKAN: Seramai empat lelaki, terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga asing, ditahan dalam Operasi Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Operasi Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah di daerah ini.
Dalam operasi yang dilaksanakan pada 25 Mac 2026, jam 10.30 pagi, seramai tiga suspek awalnya ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Melayu dan Taman Seri Labuk, Sandakan. Dua daripada mereka yang merupakan warganegara tempatan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan disyaki memasukkan dadah ke dalam badan, manakala seorang lagi warganegara tempatan pula disyaki memasukkan dadah ke dalam badan.
Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing polis. Hasil ujian mendapati air kencing kesemua mereka positif mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine atau lebih dikenali sebagai Syabu.

Pada hari yang sama, pasukan operasi turut membuat dokumentasi bersabit tangkapan BSJND IPD Sandakan terhadap seorang lelaki warga asing yang disyaki memasukkan dadah ke dalam badan sendiri di pejabat BSJND IPD Sandakan. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan di Lokap IPD Sandakan bagi tindakan serta siasatan lanjut.
Pelaksanaan operasi ini adalah selaras dengan tekad Ketua Polis Daerah Sandakan,Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman, dalam usaha membendung jenayah dadah di daerah Sandakan.















Comments