top of page

Empat Rumah Musnah Terbakar

  • nabalunews
  • May 7, 2025
  • 1 min read


7 Mei 2025


KOTA KINABALU: Empat rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku di Kampung Sarayo, Jalan Kayu Madang, di sini, lewat malam tadi.


Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kematian ataupun kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.33 malam.



Katanya, sepasukan 24 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) termasuk dari BBP Tuaran dan Kota Kinabalu terus dikerah untuk membantu.


“Kebakaran melibatkan empat rumah jenis tidak kekal berkeluasan 55 meter persegi setiap satu.


“Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan dua pancutan sepanjang 60 meter dari sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, pasukan operasi berjaya mengawal api kebakaran dari terus merebak ke rumah berhampiran kawasan kebakaran.


“Api berjaya dikawal pada jam 12.34 tengah malam dan kerja-kerja memadamkan sisa-sisa bara api terus dijalankan oleh pasukan bomba.


Menurutnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 2.31 pagi selepas dipastikan tiada lagi kemerbahayaan lain.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page