Ewon bantu baikpulih kerosakan jalan Batu 10 Taginambur
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon bantu baikpulih kerosakan jalan Batu 10 Taginambur



6 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Keadaan kawasan kedai Batu 10 Pekan Taginambur yang berlubang-lubang mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Atas keprihatinan beliau dan untuk keselesaan orang ramai, Ewon menyampaikan sumbangan untuk membantu membaikpulih kerosakan jalan berkenaan dan kawasan hadapan kedai Pekan Taginambur.



“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu menyelesaikan masalah itu seterusnya memberikan keselesaan kepada para pengunjung dan pengusaha kedai Batu 10 Taginambur,” katanya.


Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Adun Kadamaian Saikom Watis kepada Ketua Cawangan UPKO Taginambur Allextus Sylvester, hari ini.



Kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan di kawasan itu dilaksanakan secara bergotong-royong oleh ahli-ahli UPKO Cawangan Pekan Taginambur dan pemilik-pemilik kedai kawasan itu.




bottom of page