Remaja Perempuan 16 Tahun Hilang di Kota Marudu
- nabalunews
- 3 hours ago
- 1 min read

15 Februari 2026
KOTA MARUDU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kehilangan seorang remaja perempuan warganegara Malaysia awal petang tadi.
Penama yang dilaporkan hilang dikenal pasti sebagai Effie Litah Jastimin, 16 tahun, berbangsa Dusun dan berasal dari Kampung Simpangan, Kota Marudu. Menurut keterangan laporan polis, remaja tersebut terakhir dilihat keluar dari rumah kira-kira jam 9.30 pagi pada Sabtu, 14 Februari 2026.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga. Usaha mencari telah dijalankan oleh pihak keluarga dan komuniti setempat sejurus menyedari kehilangan tersebut, namun penama masih belum ditemui sehingga kini.
Remaja berkenaan digambarkan berbadan kurus, berkulit cerah, bermata hitam, berkening nipis serta berambut hitam panjang paras bahu.
Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan supaya segera menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Stephen Wan di talian 019-4695081 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu di talian 088-662449, atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui hotline polis di 03-22662222 atau mana-mana saluran media sosial rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).


















Comments