EWON KUNJUNGI LIMA PENERIMA RUMAH PPRT DI KG.GANDUKUT DAN KG.TANGKURUSEWON KUNJUNGI LIMA PENERIMA RUMAH PPRT DI KG.GANDUKUT DAN KG.TANGKURUS
top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON KUNJUNGI LIMA PENERIMA RUMAH PPRT DI KG.GANDUKUT DAN KG.TANGKURUS



18 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi lima penerima Bina Baharu Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan itu.


Penerima rumah di Kg.Gandukut ialah Hainaille Saumin mempunyai empat orang anak dan Jasmin Manasatu mempunyai 11 orang anak.



Manakala penerima di Kg.Tengkurus pula ialah keluarga Monika Antigang dan Deliahem Taria masing-masing mempunyai enam orang anak serta Mail Mojiliu mempunyai tujuh orang anak.


“Mereka adalah antara penduduk Kadamaian yang kita bantu mendapatkan rumah bina baharu PPRT tahun lalu,” katanya selepas mengadakan kunjungan kepada keluarga berkenaan baru-baru ini.



Kesemua rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu pemasangan bekalan elektrik.


Semasa kunjungan itu Ewon turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada setiap keluarga.

bottom of page