Ewon lancarkan Mesyuarat Agung Tritahunan cawangan-cawangan Upko Kota Belud
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon lancarkan Mesyuarat Agung Tritahunan cawangan-cawangan Upko Kota Belud

Ewon ketika berucap pada majlis itu.

27 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Hampir 120 Ketua Cawangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud menghadiri pelancaran Mesyuarat Agung Tritahunan (MAT) cawangan-cawangan UPKO Kota Belud, di Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Kg Piasau di sini, hari ini.


Majlis itu disempurnakan oleh Naib Presiden UPKO merangkap Ketua Bahagian Upko Kota Belud Datuk Ewon Benedick.


Para peserta diwajibkan menjalani ujian saringan Covid.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud Carlye Lajimin, Ketua Pergerakan Generasi Muda UPKO Joel Deukin dan ketua-ketua cawangan.


Hadir sama Naib Presiden UPKO Datuk Basari Sarkun, Timbalan Setiausaha Penganjur UPKO Carl Moosom dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi Petrus Jikuin dan Jimmy Barukang.



Mesyuarat Agung di peringkat cawangan akan diadakan sehingga Mac 2022.


Bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, semua yang terbabit dalam mesyuarat itu menjalani ujian saringan Covid.


Ketika berucap pada majlis itu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkata, beliau akan memberikan tumpuan besar kepada peranan dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kawasan itu.


“Sebagai antara generasi baharu ADUN pula, saya mempunyai tanggungjawab memperlihatkan kepimpinan saya tanpa menjejaskan keanggotaan dalam parti.


"Saya telah menunjukkan kepimpinan saya selaku Wakil Rakyat kerajaan sebelum ini, dan kini saya perlu tunjukkan pula kepimpinan saya selaku Wakil Rakyat pembangkang.


“Saya tidak bercadang meninggalkan parti UPKO untuk bermesra dengan pihak kerajaan, tetapi saya akan mempertahankan hak demokrasi rakan-rakan yang mengambil pendekatan tersebut walaupun saya kurang bersetuju dengan pilihan tersebut,” katanya.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page