top of page
  • nabalunews

Ewon luang masa kunjungi agensi KUSKOP di Kota Kinabalu


10 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa, hari ini, mengunjungi dua agensi di bawah kementeriannya yang berpejabat di sini.


Agensi itu ialah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMA) yang masing-masing berperanan memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memberikan latihan kepada koperasi.



Ewon disambut oleh Pengarah SKM Negeri Sabah Matias Kundapin, Ketua Wilayah SKM Wilayah Pantai Barat Selatan Datu Mohd Rais Aslam Datu Jamigul, Pengarah IKMA Sabah Norbiha Kasmuri dan semua warga kerja SKM Sabah dan IKMA Sabah.


Turut serta dalam kunjungan itu Setiausaha Politik Carl Moosom dan pegawai-pegawai Pejabat Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).



Dalam kunjungan itu, Ewon yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian turut mendengar taklimat ringkas mengenai program-program yang dilaksanakan oleh SKM Sabah dan IKMA Sabah, sepanjang tahun.

Comentarios


bottom of page