top of page

Ewon mahu sambutan Kaamatan platform gerakan keusahawanan

Wartawan Nabalu News


4 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mahu sambutan Pesta Kaamatan dijadikan sebagai platform penggerak keusahawanan.


Beliau berkata, ini kerana sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan di pelusuk negeri ini termasuk di kawasan luar bandar dihadiri ramai pengunjung.


“Saya berharap Kaamatan ini bukan hanya sebagai platform untuk rakyat Malaysia di Sabah untuk meraikan kepelbagai budaya atau warisan kebudayaan, bahasa dan pakaian dan makanan tradisional tetapi juga menjadikan platform menggerakkan keusahawanan.


“Sebab itu kita menjemput agensi-agensi di bawah kementerian untuk menyampaikan ceramah dan penerangan mengenai maklumat agensi masing-masing supaya ia sampai ke peringkat akar umbi.


“Mudah-mudahan dengan maklumat yang mereka perolehi daripada agensi-agensi KUSKOP, selepas Kaamatan ini dapat memberi ruang kepada mereka untuk menjadi usahawan atau menubuhkan koperasi,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penggalakan Koperasi Peringkat Komuniti Zon Melangkap sempena Sambutan Pesta Kaamatan Kg.Melangkap Tiong, di Dewan Terbuka Eko Pelancongan Ikan Jinak.


Ewon berkata, melalui ceramah mengenai koperasi dan keusahawanan yang disampaikan oleh agensi-agensi di bawah kementeriannya, sambutan Kaamatan yang mereka hadiri tidak menjadi program sehari tetapi ada program lanjutan.


“Program dua dalam satu ini memberikan lebih banyak manfaat kepada para pengunjung, kerana selain dapat menikmati persembahan-persembahan menarik sepanjang sambutan Kaamatan, mereka juga memperolehi maklumat penting mengenai keusahawanan dan koperasi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page