top of page

Ewon pemimpin berwawasan dan berprinsip, wajar dikekalkan di Kadamaian: Ukoh

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read
ree

24 November 2025


KOTA BELUD: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Ukoh Jeremmy Malajad, menyeru rakyat Kadamaian supaya terus memberikan mandat kepada Datuk Ewon Benedick untuk mempertahankan kerusi N.11 Kadamaian pada pilihan raya kali ini.


Beliau berkata, kesinambungan kepimpinan Ewon penting bagi memastikan segala perancangan di bawah Pelan Induk Pembangunan Kadamaian dapat diteruskan dan disempurnakan.


“Kita mahu khidmat Datuk Ewon sebagai wakil rakyat Kadamaian diteruskan supaya apa yang telah dirancang dalam Pelan Induk Pembangunan Kadamaian dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Jelajah Sabah First, di beberapa kawasan di Kadamaian hari ini.


Ukoh berkata, Ewon merupakan seorang pemimpin yang berwawasan, berpandangan jauh dan sentiasa memikirkan pembangunan bukan sahaja untuk Kadamaian, tetapi juga untuk negeri Sabah secara keseluruhan.


“Beliau (Ewon) seorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma. Semasa menjadi menteri peringkat negeri, beliau telah membawa banyak pembangunan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.


“Begitu juga ketika memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di peringkat Persekutuan, banyak pembangunan ekonomi terutamanya pembinaan dan penaiktarafan Tamu Desa yang kita nikmati hari ini, khususnya di Kadamaian, adalah hasil usaha beliau,” katanya.


Ukoh berkata, rakyat Kadamaian bukan sahaja mahu melihat Ewon terus memimpin di peringkat kawasan, tetapi turut berharap diberi peluang menerajui kepimpinan Sabah.


“Kita mesti memastikan beliau berada di peringkat kepimpinan atasan untuk terus memperjuangkan hak-hak Sabah, termasuk meneruskan perjuangan tuntutan hak negeri,” katanya.


Beliau turut menyifatkan Ewon sebagai pemimpin berprinsip yang berani bertindak demi kepentingan rakyat.


“Ewon sanggup meletakkan jawatan demi menuntut hak Sabah dan hak kita semua. Ini bukti beliau pemimpin yang tegas dan perprinsip,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page