Ewon rasmi Mesyuarat Agung Tritahunan tiga sayap UPKO Tuaran
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi Mesyuarat Agung Tritahunan tiga sayap UPKO Tuaran


Ewon, Madius dan para perwakilan serta pemerhati yang hadir pada majlis itu.

12 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TUARAN: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Generasi Muda (GEM) UPKO, di Adventis Auditorium Tamparuli, di sini, hari ini.


Turut hadir Presiden UPKO merangkap Ketua Bahagian UPKO Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, Exco Wanita, Pemuda dan GEM Pusat serta para perwakilan.



Ketika berucap pada majlis itu Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian meminta UPKO Tuaran supaya memastikan kemenangan Presiden UPKO pada pilihan raya akan datang.


Ewon ketika berucap pada majlis itu.

Beliau berkata, ini penting bagi membolehkan parti itu terus mengangkat dan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah demi kepentingan generasi akan datang.


Sementara itu Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, mesyuarat agung tritahunan adalah peluang semua anggota parti memperbaharui tekad dan kepimpinan dalam parti itu.


Ewon dan Madius bersama anggota parti.

“Kita teruskan perjuangan kita sebagai sebuah parti peneraju perjuangan rakyat secara progresif dan inklusif ke arah negara maju dan sejahtera.


“Saya juga berharap agar perhimpunan agung tri tahunan tahun ini akan berlandaskan kepada memastikan perpaduan, kekuatan dan keikhlasan dalam perjuangan parti sentiasa terpelihara, dijaga dan dipertahankan,” katanya.


Madius ketika berucap pada majlis itu.

Pada mesyuarat agung tritahunan Pergerakan Wanita, Lomiti Jahan yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha dipilih sebagai Ketua Wanita UPKO Bahagian Tuaran yang baru menggantikan Misnah Rambanau.

Manakala Timbalan Ketua pula ialah Julia Sukaron dan Naib Ketua ialah Suzihana Hj.Lasin dan Rostina Ginsos.


Bagi Generasi Muda pula Jainysius Sipan menang tanpa bertanding dan kekal sebagai Ketua GEM Tuaran yang baharu bagi sesi 2022-2025.


Manakala Timbalan GEM UPKO Bahagian Tuaran pula ialah Chester Corrie Latius.

bottom of page