top of page

Ewon rasmi Tamu Desa Tambulion Laut bernilai RM300,000

  • nabalunews
  • Oct 28
  • 1 min read

ree

28 Oktober 2025


KOTA BELUD: Sebuah lagi kemudahan baharu untuk usahawan luar bandar di Kadamaian siap dibina apabila Premis Tamu Desa Tambulion Laut bernilai kira-kira RM300,000 dirasmikan hari ini.


Perasmian Tamu Desa itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Beliau berkata, bangunan baharu itu dibina di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh kemudahan keusahawanan luar bandar.

ree

“Saya berharap kemudahan baharu ini akan memberi manfaat kepada usahawan tamu dan pengusaha gerai tepi jalan sedia ada yang akan berpindah ke tapak ini, sekali gus menyediakan suasana perniagaan yang lebih tersusun dan selesa.


“Tamu di Kampung Tambulion Laut ini diadakan setiap hari Selasa. Saya percaya kemudahan baharu ini akan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi tempatan,” katanya.

ree

Ewon yang juga penyandang kerusi DUN Kadamaian berkata, sejak tahun 2024 hingga kini, sebanyak 22 Premis Tamu Desa dibina di kawasan Kadamaian.


“Saya memberi fokus tambahan kepda kawasan Kadamaian kerana saya bermula di sini melihat keperluan itu sejak 2018. Aktiviti tamu tradisional di sini diadakan begitu aktif setiap minggu di beberapa kampung.

ree

“Syukur dengan terbinanya 22 Tamu Desa di kawasan Kadamaian termsuk Tamu Desa Tambulion Laut ini, telah memberi manfaat bukan hanya kepada usahawan-usahawan tamu, peniaga kecil tetapi juga penjgunjung,” katanya.


Ewon berkata, kemudahan Tamu Desa bukan sekadar tempat berniaga, tetapi turut berperanan sebagai pusat komuniti yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti mesyuarat Teman TEKUN, program kerajaan dan kegiatan kemasyarakatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page