top of page

Sabah Belum Terima Permohonan Rasmi Konsert Israel Houghton – Jauteh

nabalunews
4 hours ago
1 min read

Li Oleh Romie Stanley DGuns


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah difahamkan belum menerima permohonan rasmi daripada penganjur konsert penyanyi gospel Amerika Syarikat, Israel Houghton, yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada 22 hingga 25 Oktober ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata demikian susulan dua laporan polis yang diterima setakat hari ini berhubung promosi konsert itu di media sosial.


Katanya, laporan berkenaan membangkitkan kegusaran mengenai sensitiviti nama artis tersebut serta dakwaan berkaitan pendiriannya terhadap Israel. Bagaimanapun, belum ada kertas siasatan dibuka.


“Jika permohonan rasmi dikemukakan dan pandangan PDRM diminta, pihak polis akan menasihati Kerajaan Sabah supaya konsert ini tidak diadakan buat masa ini demi menjaga ketenteraman awam dan menghormati sensitiviti masyarakat,” katanya.


Jauteh berkata, polis akan terus memantau perkembangan isu itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

 
 
 

1 Comment


Aman Rajput
2 hours ago

I was looking into cricket-related accounts and noticed how frequently Online Cricket id appears in search results. What I would want to know before signing up is whether the account is simply for accessing sports content or whether it is connected to wagering. That difference changes what information a user should consider. Verification, privacy, transaction rules, account limits, and legal availability are all worth checking. I would rather understand those conditions first than rely on a short promotional description.

Online Cricket id

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page