top of page

CYK ALDC Tuaran Juara BADAS Double Dart Tournament 2026

nabalunews
4 hours ago
1 min read

Oleh Romie Stanley DGuns

28 Sept 2026


KOTA BELUD: Pasukan CYK ALDC dari Tuaran muncul juara BADAS Double Dart Tournament 2026 selepas menewaskan CYK FR, juga dari Tuaran, pada perlawanan akhir di D’Tundaki Cafe, Kampung Tambulion Ulu, Sabtu lalu.


Team BADAS dan GSSA RETRO dari Kota Belud pula berkongsi tempat ketiga dalam kejohanan yang disertai 32 pasukan itu.


Kejohanan anjuran Persatuan Dart BADAS Kampung Tambulion Ulu itu menarik penyertaan pasukan dari Tuaran, Penampang, Tenghilan, Tamparuli dan Kota Marudu, selain pasukan tuan rumah.


Norman Simon yang menyempurnakan perasmian kejohanan berkata, penyertaan dari pelbagai daerah menunjukkan sukan dart semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.


Katanya, kejohanan itu juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara komuniti.

Sementara itu, Pengerusi penganjur, Rijpal Jimar, berkata pihaknya berbangga dengan sambutan yang menggalakkan dan berharap kejohanan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.


“Penyertaan 32 pasukan membuktikan sukan dart mempunyai ramai peminat. Kami berharap kejohanan ini dapat diteruskan dan dikembangkan,” katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambulion Ulu, Boniface @ Doni Jiran, berkata kejohanan itu memberi ruang kepada belia dan penduduk untuk beriadah serta mengeratkan hubungan.


“JKKK sentiasa menyokong aktiviti yang membawa masyarakat bersama. Kejohanan seperti ini memberi ruang kepada belia dan komuniti untuk beriadah dan berinteraksi,” katanya.


Turut hadir ialah Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tambulion Ulu, Handly Sekukut, serta pemimpin komuniti, jawatankuasa penganjur dan peminat sukan dart.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page