top of page

KM terima kunjungan hormat JTK Sabah, KKCCCI

nabalunews
4 hours ago
1 min read

28 September 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima kunjungan hormat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini. hari ini.


Kunjungan hormat JTK Sabah diketuai Pengarah baharunya, Mohd Nizar Zakaria, yang memperkenalkan diri kepada Ketua Menteri, selain memaklumkan perkembangan semasa serta aktiviti yang dilaksanakan jabatan berkenaan, khususnya berkaitan isu tenaga kerja dan perburuhan di Sabah.


Turut menyertai rombongan ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Nor Zulhilmie Mohd Salleh; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Standard Perburuhan, Augustine Wong Ming Kong; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat dan Perundangan, Morian Paidal; Ketua Penolong Pengarah (KUP) Bahagian Standard Perburuhan, Asriyah Abdul Hafid; serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Bahagian Pekerja Bukan Pemastautin, Leticia Ranchye Joseph.


Dalam kunjungan berasingan, Hajiji turut menerima kunjungan hormat KKCCCI yang diketuai Presidennya, Datuk Michael Lui Yen Sang.


Turut menyertai rombongan ialah Setiausaha Agung Kehormat Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Bersatu Sabah (SUCCC), Datuk Yong Hen Vui @ Paul; Naib Presiden KKCCCI, Andy Lim Chen Kwong; Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yee That Hian; Ahli Jawatankuasa Kecil, Elvin Chang Cheun Yong; serta Setiausaha Eksekutif, Yohanes Imo Chong.


Dalam pertemuan itu, kepimpinan KKCCCI memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai penganjuran "The Economic Outlook Forum 2027" yang dijadual berlangsung pada 15 Januari 2027.


KKCCCI turut menyampaikan jemputan kepada Hajiji sebagai tetamu kehormat forum berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page