Ewon salur sumbangan baiki atap rumah Pastor SIB Bundu Paka
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon salur sumbangan baiki atap rumah Pastor SIB Bundu Paka



27 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyalurkan sumbangan untuk membaikpulih atap rumah pastor Gereja SIB Bundu Paka.


Ewon berkata, ia adalah tanggungjawab beliau untuk membantu meringankan bebanan masyarakat termasuk keperluan pastor dan gereja-gereja di kawasan Kadamaian.


Sementara itu, Ketua cawangan Upko Bundu Paka Mujin Soborong merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau memberikan sumbangan untuk membaikpulih atap rumah pastor.



“Kami amat bertuah kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang begitu prihatin terhadap masalah dan keperluan penduduk Kadamaian.


“Walaupun kita tahu peruntukan beliau sebagai wakil rakyat diluar kerajaan agak terhad namun beliau terus berusaha memenuhi keperluan penduduk Kadamaian yang memerlukan bantuan,” katanya.


Pengerusi Majlis Sidang Gereja SIB Bundu Paka Madial Sabin juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan yang telah diberikan.


Bagi tujuan itu, Ewon menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000. Pembaikan atap rumah pastor itu dilaksanakan secara bergotong-royong.

bottom of page