top of page

Ewon Salur Sumbangan Penyelenggaraan Jalan Rosak di Kampung Pinolobuh

  • nabalunews
  • Jul 6, 2025
  • 1 min read

6 Julai 2025


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyalurkan sumbangan bagi tujuan penyelenggaraan jalan komuniti yang mengalami kerosakan serius di Kampung Pinolobuh, Kota Belud.


Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan ADUN Kadamaian, Carlye Lajimin, kepada wakil penduduk kampung, Rasiddin Lonsei, yang mewakili komuniti Kampung Pinolobuh dalam menerima bantuan tersebut. Inisiatif ini bertujuan untuk membaik pulih jalan yang kini sukar dapat dilalui oleh kenderaan kecil akibat kerosakan yang teruk.


Menurut Rasiddin, sumbangan ini amat membantu memudahkan urusan harian penduduk dan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ewon atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap kebajikan masyarakat luar bandar, khususnya di Kadamaian.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Carlye menyatakan bahawa sumbangan ini adalah bukti jelas komitmen dan keprihatinan Ewon terhadap keperluan rakyat yang diwakilinya. Jelas beliau, bantuan tersebut merupakan penyelesaian bersifat sementara dan jangka pendek, namun penting dalam memastikan kelangsungan kehidupan penduduk yang terjejas.


Menurut beliau lagi, usaha ini sejajar dengan pelan jangka panjang yang telah dirangka menerusi Plan Pembangunan Kadamaian, yang menjadi panduan strategik bagi pelaksanaan pembangunan menyeluruh di kawasan tersebut. Antara aspek utama dalam pelan tersebut termasuklah penambahbaikan infrastruktur asas seperti jalan raya, yang amat penting bagi kemajuan ekonomi dan sosial setempat.


Carlye turut menyeru agar masyarakat Kadamaian terus memberikan sokongan padu kepada Ewon dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Beliau menegaskan bahawa kesinambungan sokongan tersebut akan memastikan pelaksanaan Plan Pembangunan Kadamaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh pada masa akan datang.


Langkah menyalurkan sumbangan penyelenggaraan jalan ini tidak hanya menunjukkan usaha memperbaiki kemudahan asas secara fizikal, malah turut melambangkan keprihatinan berterusan seorang pemimpin terhadap rakyat di peringkat akar umbi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page