top of page

Ewon Salur Sumbangan Peralatan Dapur kepada Wanita SIB Kampung Gendukut

  • nabalunews
  • Oct 1
  • 1 min read

ree

1 Oktober 2025


KOTA BELUD: Keprihatinan terhadap keperluan masyarakat terus dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick apabila sumbangan amal disalurkan kepada Wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Kampung Gendukut, Kota Belud.


Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, mewakili ADUN Kadamaian dan diterima oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Gereja SIB Kampung Gendukut, Kuliot Kelo.


Menurut Kuliot, dana yang disalurkan itu akan digunakan bagi tujuan pembelian peralatan serta barangan keperluan dapur untuk kegunaan Wanita SIB Kampung Gendukut. Beliau menambah, sebahagian besar peralatan sedia ada tidak lagi berfungsi dengan baik dan ada yang sudah rosak.


Kuliot, mewakili pihak Wanita SIB, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sokongan yang diberikan. Beliau menegaskan bahawa sumbangan tersebut bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, malah memberi kemudahan untuk melaksanakan pelbagai program komuniti.


“Bagi pihak Wanita Gereja SIB, kami amat menghargai perhatian yang ditunjukkan oleh Datuk Ewon. Sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mendukung aktiviti wanita di kampung ini,” katanya.


Sumbangan tersebut sekali lagi memperlihatkan usaha berterusan kepimpinan Kadamaian dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian. Selain menyokong aspek keperluan fizikal, inisiatif ini turut membawa mesej kebersamaan serta kepedulian terhadap kesejahteraan komuniti setempat.


Langkah seumpama ini diharapkan dapat memperkukuhkan peranan golongan wanita dalam masyarakat, di samping menyumbang kepada keharmonian serta pembangunan komuniti di peringkat akar umbi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page