Ewon sambut awal Hari Ibu bersama Wanita UPKO Kota Belud
5 Mei 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengadakan sambutan awal Hari Ibu bersama Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden UPKO dan Ketua Bahagian UPKO Kota Belud berkata, sambutan Hari Ibu amat bermakna bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum ibu.
“Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu amat besar dalam hidup kita dan ia tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, sebab itu setiap tahun walau sesibuk mana pun, saya tetap balik kampung meluangkan masa menyambut Hari Ibu bersama ibu saya,” katanya.
Ewon meraikan sambutan Hari Ibu selepas Mesyuarat Tritahunan Wanita, Pemuda dan Generasi Muda UPKO, di Pusat Khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.
Turut diraikan, sambutan hari jadi salah seorang perwakilan Wanita UPKO Kota Belud.
Hari Ibu disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia dan tahun ini ia disambut pada 8 Mei ini (Ahad).
Sambutan ini adalah tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak-anak mereka.
Comments