Ewon sampaikan bantuan kepada 4 keluarga, badan JKKK dan gereja di Mukim Kaung
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampaikan bantuan kepada 4 keluarga, badan JKKK dan gereja di Mukim Kaung

Hujan tidak menghalang Ewon menyantuni penduduk Kg.Lobong-Lobong.

18 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan bantuan kepada empat keluarga, badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan gereja di Mukim Kaung.


Sumbangan itu disampaikan pada program turun padang di Kampung Kaung dan Kg.Lobong-Lobong bersama Kelab Kebajikan Kadamaian dan Pusat Khidmat Adun Kadamaian, hari ini.


Ewon menyantuni empat keluarga di Kg.Kaung Lapai dan Kg.Lobong-Lobong seterusnya menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda, bantuan makanan dan katil boleh laras.

Di Kg.Kaung Lapai, beliau menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan barangan keperluan khas untuk pesakit warga emas.


Manakala di Kg.Lobong-Lobong pula, beliau menyampaikan bantuan katil boleh laras dan sumbangan makanan kepada dua pesakit.


Selepas itu, Ewon menyampaikan sumbangan masing-masing RM5,000 kepada JKKK Kg.Kaung dan JKKK Kg.Lobong-Lobong.

Sumbangan itu adalah untuk membiayai sewa jentera berat bagi penyelenggaraan jalan kampung dan kos menyelenggara, membaiki serta pemasangan paip tambahan bekalan air graviti di kampung berkenaan.


Ewon turut dibawa meninjau keperluan penduduk di Kampung Lobong-Lobong dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM4,000 untuk pembelian kelengkapan tambahan yang diperlukan oleh Gereja St Petrus Lobong-Lobong.


Pada sebelah pagi Ewon merasmikan Bengkel Sulaman Siling Tradisi anjuran Persatuan Unduk Ngadau Sabah (UNS) dengan kerjasama Sidma College dan De Osindak, di Kota Kinabalu.


bottom of page