top of page

Ewon sampaikan sumbangan RM35,000 kepada SJK(C) Yue Min Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 10
  • 1 min read

10 Mac 2025


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK(C) Yue Min Penampang bagi membiayai keperluan sekolah, termasuk kos tambahan pengoperasian smartboard, di sekolah itu.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sumbangan itu adalah kesinambungan daripada inisiatif sebelum ini, di mana beliau telah menyampaikan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk pemasangan smartboard di 38 bilik darjah sekolah tersebut.


“Minggu lalu saya melancarkan papan pintar interaktif atau Classroom Digital dan meninjau pengoperasian smartboard tersebut di sekolah ini.


“Saya difahamkan terdapat kos tambahan untuk pengoperasian smartboard yang telah dipasang. Oleh itu, saya bersetuju menyalurkan RM30,000 kepada PIBG sekolah bagi tujuan tersebut.


“Selain itu, selepas meninjau keadaan jalan raya, pintu masuk dan keluar sekolah ini, saya dimaklumkan terdapat keperluan lain iaitu untuk pemasangan semula atap di pintu utama sekolah.

“Hari ini saya datang ke sekolah ini untuk menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada PIBG sekolah, seperti yang saya nyatakan pada minggu lalu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan di dewan sekolah SJKC Yue Min Penampang, di sini, hari ini.


Pada tahun lalu, Ewon menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 daripada peruntukan Ahli Parlimen untuk pemasangan papan pintar mencakupi 38 bilik darjah di sekolah itu.


Ewon berkata, sumbangan itu adalah tanda keprihatinan beliau terhadap keperluan pendidikan dan keselesaan pelajar, selari dengan usaha memperkukuh sistem pendidikan.


“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat Penampang untuk memastikan sekolah-sekolah di kawasan ini mendapat kemudahan yang mencukupi serta persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page