Ewon sampikan sumbangan kepada atlet berbasikal Sabah berlatih di Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon sampikan sumbangan kepada atlet berbasikal Sabah berlatih di Kadamaian



8 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Lima atlet berbasikal Sabah yang sedang menjalani latihan di Kadamaian untuk persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) pada September ini mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada Mohd.Faizikri Jumah, Mohd. Fitri Jumah, Kensone Mark, Geowas Baru dan Coach Jr Stanly Jalip sebagai sokongan perbelanjaan mereka sepanjang berlatih di Kadamaian.


“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan kewangan mereka sepanjang mengadakan latihan di kawasan Kadamaian.


Ewon (dua dari kanan) dan Lenus (kanan) bersama para atlet berbasikal Sabah.

“Sumbangan ini juga adalah tanda sokongan dan galakan kepada mereka agar berlatih dengan lebih baik untuk mengharumkan nama Sabah dalam sukan berbasikal pada SUKMA di Kuala Lumpur, September ini,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Ewon menyampaikan sumbangan kepada para atlet berbasikal itu di Melangkap, Kota Belud, baru-baru ini.


Turut hadir Pemangku Presiden Persatuan Berbasikal Sabah Lenus Sampil.



Sementara itu Lenus berkata, kesemua atlet berbasikal itu dari Ranau, Keningau dan Tenom mula mengadakan latihan sejak April lalu sehingga Ogos ini.


“Kesemua mereka yang berlatih di Kadamaian akan mengikuti acara mountain bike (MTB) manakala empat lagi atlet wanita sedang menjalani latihan di Nabawan mengikuti acara yang sama.


“Bagi pihak atlet berbasikal, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Ewon atas sumbangan dan sokongan kepada peserta berbasikal Sabah,” katanya.





bottom of page