top of page

Ewon terima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Arab Saudi

  • Wartawan Nabalu News
  • May 7, 2024
  • 1 min read

7 Mei 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Alkassabi, di pejabatnya, di sini, hari ini.


Ewon berkata, antara yang dibincangkan ialah kerjasama strategik antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya dalam sektor keusahawanan.


“Kami membincangkan kerjasama strategik yang boleh dijayakan antaranya dalam industri halal, akreditasi perusahaan kecil dan sederhana, keusahawanan sosial, pembangunan kapasiti dan francais di antara kedua-dua negara.


“Perbincangan spesifik akan diadakan di peringkat pegawai-pegawai agensi kedua-dua negara bagi menyusuli hasil pertemuan ini,” katanya dalam kenyataan media, selepas kunjungan itu, di sini, hari ini.

Ewon turut merakamkan penghargaan di atas jemputan Menteri Perdagangan Arab Saudi untuk mengadakan lawatan kerja balas ke Arab Saudi.


“Mudah-mudahan pertemuan ini membuahkan berkat kepada negara kita terutamanya dalam perusahaan kecil dan sederhana serta gerakan koperasi,” katanya.


Turut hadir dalam perbincangan itu, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato Sri Suriani Dato Ahmad, Timbalan KSU, Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Ketua Eksekutif dan pegawai kanan agensi-agensi KUSKOP iaitu SME Corp, SME Bank, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page