top of page

Ewon terima kunjungan Puspanita Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 21, 2023
  • 1 min read


ree
Ewon menerima cenderahati daripada Francis.

21 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita (Puspanita) Penampang, di pejabatnya, di sini, hari ini.


Rombongan itu diketuai oleh Pengerusinya, Immelda Immit dan disertai 20 ahli persatuan.


ree

Dalam kunjungan itu, Ewon memberikan taklimat ringkas mengenai kementeriannya dan agensi-agensi di bawah kementerian itu.


“Saya akan terus memberi sokongan kepada Puspanita Penampang dan Kuskop dari segi pelaksanaan program-progam persatuan untuk manfaat semua ahli dan rakyat terutama berkaitan kebajikan dan pendidikan. Saya juga ingin melihat lebih ramai ahli Puspanita terlibat dalam gerakan keusahawanan,” katanya.


ree
Connie menerima cenderahati daripada Immelda.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Penaung Puspanita KUSKOP, Datin Connie Parantis dan Penasihat Puspanita Penampang, Francis Chong yang juga Pegawai Daerah Penampang.


Puspanita Penampang mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa premis usahawan berjaya yang mendapat pembiayaan agensi-agensi di bawah Kuskop iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


ree

Kelmarin, rombongan itu turut menghadiri majlis perasmian Pusat Pelancongan Eko Jerawok di Kampung Sungai Jerawok dan sambutan Hari Orang Asal di Kampung Orang Asli, Rasau, Perak yang dirasmikan oleh Menteri Kuskop.


ree

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page