top of page

Ewon terima kunjungan SIB Semenanjung

  • Wartawan Nabalu News
  • 6 hours ago
  • 1 min read
ree

11 Ogos 2025


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini, menerima kunjungan daripada Sidang Injil Borneo (SIB) Semenanjung yang diketuai oleh Presiden SIB Semenanjung Rev Simon P Markus.


Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Pastor David Ukong selaku Setiausaha SIB Semenanjung, Pastor Losius Tanggunan daripada SIB GLOW Serdang, Pastor Edwin Saidi daripada SIB Victorious dan Pastor Hool Erod dari SIB Puchong.


Dalam kunjungan tersebut, antara yang dibincangkan ialah keperluan gereja-gereja serta program peningkatan ekonomi yang telah dan akan dilaksanakan oleh SIB Semenanjung.


“Saya dimaklumkan bahawa terdapat 50 gereja SIB di seluruh Semenanjung yang antara lainnya melibatkan penglibatan besar masyarakat Sabah dan Sarawak.


“Saya dimaklumkan mengenai beberapa keperluan gereja termasuk program peningkatan ekonomi yang sedang dan akan dilaksanakan. Saya mengalu-alukan pandangan, cadangan serta perkongsian yang disampaikan kepada saya untuk diangkat kepada perbincangan dalam Kerajaan MADANI,” katanya.


Ewon turut berkongsi mengenai inisiatif-inisiatif pembangunan keusahawanan dan koperasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensi-agensinya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page