Ewon terus komited laksana tanggungjawab di Penampang
- Wartawan Nabalu News
- 5 hours ago
- 1 min read

9 Jun 2025
PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick, menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan memberi keutamaan kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi.
Beliau berkata, antara projek utama yang sedang giat dilaksanakan termasuk projek tebatan banjir di Donggongon, penaiktarafan Tamu Donggongon dan pembinaan Jambatan Babagon.
“Selain itu, Program PANTAS untuk penyukatan tanah di Kg.Togudon dan penaiktarafan jalan Terian–Buayan juga sedang dilaksanakan, yang sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk kampung
“Semua projek itu adalah antara perubahan ketara yang dapat dilihat dalam tempoh dua tahun setengah sejak saya diberi mandat sebagai wakil rakyat kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Zon Kolopis, di sini, kelmarin.
Ewon berkata, segala usaha pembangunan Penampang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Penampang 2024–2035, yang akan menjadi rujukan utama bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula tahun 2026.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata kementeriannya telah memperkenalkan beberapa kemudahan dan inisiatif di Penampang, termasuk pembukaan pejabat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), cawangan TEKUN Nasional, Studio live Tiktok dan Hab PMKS Sabah.

Mengenai sambutan Kaamatan, Ewon berkata, sambutan ini bukan sekadar kebudayaan, tetapi wadah memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum.
Pada majlis itu, Beliau bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Khairat Kematian Kampung Kolopis, menerusi peruntukan Ahli Parlimen Penampang.

Comments