Ewon tinjau gotong-royong penduduk Kg Kiau Taburi
- Wartawan Nabalu News
- Mar 19, 2022
- 1 min read

19 Mac 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Penduduk Kampung Kiau Taburi mengadakan gotong-royong membersihkan jalan raya menuju ke kawasan perkuburan dan memasang paip tangki di kawasan perkuburan kampung itu, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang hadir meninjau gotong-royong tersebut berkata, program tersebut adalah aktiviti tahunan penduduk kampung.

“Saya berharap kerjasama melalui pembudayaan amalan gotong-royong ini dapat diteruskan bagi menjayakan apa sahaja program yang dianjurkan untuk kebaikan bersama penduduk.
“Dalam pertemuan dengan penduduk kampung hari ini juga, beberapa keperluan tambahan telah dikemukakan kepada saya antaranya pembinaan tandas awam di kawasan perkuburan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Ewon telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 sebagai sokongan program gotong-royong tersebut bagi membiayai pemasangan paip tangki tersebut dan juga untuk Tabung Belia Gereja RC dan SIB Kg Kiau Taburi yang masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM1,000.
Commentaires