top of page

Ewon tinjau pelaksanaan projek pembangunan di Penampang

nabalunews
Aug 7
1 min read

7 Ogos 2026


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick meneruskan program turun padang dengan meninjau pelaksanaan beberapa projek pembangunan serta menyantuni penduduk di sekitar kawasan Parlimen Penampang, hari ini.


Lawatan dimulakan dengan meninjau projek yang telah siap melibatkan pengaspalan semula sebahagian jalan perumahan serta pembinaan parit konkrit di Kampung Pagansakan Inobong.


Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, projek berskala kecil itu akan memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk kampung di kawasan berkenaan.



Dalam lawatan sama, beliau turut meninjau hasil pembaikan sebuah rumah yang dibiayai melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen Penampang serta melawat seorang warga emas yang menerima sumbangan katil daripada pusat khidmat tersebut.


Beliau turut menyampaikan sumbangan kasih bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan dalam menjaga kesihatan bapa mereka.



Kemudiannya beliau meninjau kerja-kerja pelaksanaan projek kecil membina jalan konkrit dan parit konkrit di Kampung Penampang Proper yang melibatkan peruntukan sebanyak RM165,000 yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Parlimen Penampang.


Ewon berharap projek itu dapat meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk kampung itu apabila siap sepenuhnya.


Selain itu, beliau turut meninjau pelaksanaan projek pemasangan jubin lantai di Gereja Sacred Heart Inobong yang sedang giat dilaksanakan.


Projek itu melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000 yang disalurkan melalui peruntukan Ahli Parlimen Penampang.


“Saya berharap projek ini dapat disiapkan mengikut jadual untuk keselesaan umat gereja yang menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di gereja ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page