top of page

Ewon tinjau projek fertigasi cili di Kg Kiau Nuluh

  • Wartawan Nabalu News
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Ogos 2025


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, meninjau pelaksanaan projek fertigasi penanaman cili di Kampung Kiau Nuluh, yang diusahakan oleh Persatuan Pembangunan Identiti Dusun Tindal.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, projek ini yang dimulakan sejak awal tahun ini menerima peruntukan sebanyak RM50,000 di bawah Program SejaTi MADANI


“Selepas menyempurnakan Progam Pembangunan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kg Kiau serta Program Pembangunan Pelancongan Melalui Gerakan Koperasi Peringkat Zon Kiau, saya meluangkan masa singgah meninjau Projek Fertigasi Penanaman Cili yang diusahakan oleh Scholastica Lanting bersama komuniti tani di kampung ini.


“Saya akan terus membantu komuniti ini untuk mendapatkan peruntukan seterusnya bagi memperluaskan kawasan perusahaan fertigasi cili mereka ini.

ree

“Usaha sebegini penting bagi meningkatkan pendapatan usahawan tani, khususnya golongan ibu dan anak muda yang terlibat,” katanya selepas lawatan itu pada Sabtu lalu.


Ewon berkata, hasil tanaman berkenaan telah dituai sebanyak tujuh kali sejak dimulakan, sekali gus memberi pulangan positif kepada kelompok usahawan tani di kampung berkenaan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Scholastica atas inisiatif membawa projek Sejati Madani ke kampung tersebut, yang disifatkan mampu memberi impak ekonomi jangka panjang kepada masyarakat setempat.

ree

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan, Scholastica Lanting, merakamkan penghargaan kepada Datuk Ewon atas kesudian meluangkan masa meninjau tapak projek fertigasi berkenaan walaupun jadualnya padat.


“Kami sangat berterima kasih kepada Datuk kerana sudi melawat projek fertigasi kami. Kehadiran dan bantuan beliau memberi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha,” katanya.

ree

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page