Ewon turun padang ke 6 kampung di Penampang, komited selesai masalah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon turun padang ke 6 kampung di Penampang, komited selesai masalah


Ewon meninjau kawasan kedai Beverlu Hills yang sering dinaiki air banjir.

10 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini meneruskan program turun padang ke enam kampung di sini untuk melihat sendiri permasalahan seterusnya membantu menyelesaikan setiap isu penduduk kampung berkenaan.


Ahli Parlimen Penampang itu komited menyelesaikan pelbagai masalah yang dibangkitkan penduduk kampung di kawasan itu.


Ewon melawat Kg.Kampung Gunsing untuk menyelesaikan masalah jalan menuju ke Gymnasium.

Lokasi-lokasi yang beliau lawat ialah Beverly Hills, Kg Putaton, Kg Guunsing, Kg Koidupan, Kg Divato dan melancarkan Kondominium Eko Peak.


Ewon memulakan program turun padang di kawasan kedai Beverly Hills yang sering dinaiki air banjir, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai punca dan kaedah mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.


Ewon bergambar bersama penduduk kampung.

Beliau kemudiannya menyempurnakan pelancaran Kondominium Eko Peak seterusnya menghadiri majlis kahwin di Kg.Putaton.


Ewon melawat Kg.Koidupan Sindanan untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh tebing rumah penduduk kampung.

Ewon turut melawat Kampung Gunsing untuk menyelesaikan masalah jalan raya menuju ke Gymnasium kampung itu, manakala lawatan di Kg.Koidupan Sindanan pula berkaitan isu tanah runtuh tebing rumah penduduk kampung.


Bagi menghargai sokongan penduduk kampung selama ini, beliau menghadiri acara santai sempena Krismas di Kg.Divato.


Semasa berucap pada majlis santai di Kg.Divato, Ewon mengalu-alukan orang ramai khususnya di kawasan Penampang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran Ahli Parlimen Penampang dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 25 Disember ini, di Pusat Kebudayaan Penampang.


Ewon meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan penduduk kampung.

Walaupun sibuk dengan jadual yang sangat padat sepanjang hari, Ewon tetap meluangkan masa untuk menghadiri majlis perkahwinan Dr.Wilmer dan Merlin di Kg.Putaton.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page