Ewon turun padang temui usahawan Penampang dan ziarah orang sakit
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon turun padang temui usahawan Penampang dan ziarah orang sakit

Ewon (tengah) menyerahkan mock cheque RM30,000 kepada Boniface (tiga kanan). Turut kelihatan Pengarah Tekun Nasional Sabah Hemin Osumping (tiga kiri).

25 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan program turun padang pada hari ini, di kawasan Penampang untuk menyantuni usahawan-usahawan kawasan itu.


Ahli Parlimen Penampang itu mengunjungi usahawan yang menerima pembiayaan daripada Tekun Nasional melalui Skim Pembiayaan Tekun Niaga.

Ewon menyampaikan mock cheque RM100,000 kepada usahawan wanita Vitty (kanan).

Usahawan wanita Vitty Lyhester Mittler yang mengusahakan syarikat Mr.Y Trading sebuah gedung pakaian terpakai di Pekan Donggongon menerima pembiayaan sebanyak RM100,000 daripada Tekun Nasional.


Manakala usahawan digital Boniface Chua, pemilik MVP Virtual Studio di Pusat Dagangan Donggongon pula menerima pembiayaan sebanyak RM30,000.

Ewon semasa menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penerima di Kg Timpangoh Babagon. Hadir bersama Ketua Perhubungan Pusat Khidmat Penampang Bryan Matasing (kiri) dan Pegawai Khas Kementerian Billy Joe (kanan)

Selain menemui usahawan, Ewon turut meluangkan masa menziarahi 4 orang penduduk kampung yang memerlukan bantuan kerusi roda dan bantuan alat bantu berjalan di  Kg.Timpangoh Babagon.

Ewon menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang penerima di Kg Timpangoh Babagon.

Dalam kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan kerusi roda dan alat bantu berjalan kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan dan sumbangan sebanyak RM5,000 untuk gotong-royong pembinaan jalan konkrit kuburan Kg.Timpangoh, seperti yang diperlukan penduduk kampung tersebut.



bottom of page