Felimena Andreas menang tanpa tanding Ketua Wanita UPKO Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Felimena Andreas menang tanpa tanding Ketua Wanita UPKO Penampang


Felimena menyampaikan cenderhati kepada Donald.

6 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Felimena Andreas menang tanpa tanding jawatan Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Penampang bagi sesi 2022-2025.


Penyandang jawatan itu Chaw Pei See tidak bertanding pada pemilihan kali ini bagi memberi laluan kepada timbalannya.


Turut diumumkan menang tanpa tanding ialah Susanna Mojinin (Timbalan Ketua Wanita). Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Naib Ketua Wanita.


Manakala barisan Naib Ketua Wanita yang baharu pula ialah Patricia Stephen, Sharon Peter dan Tina S.Koroh.



Mesyuarat Agung Tritahunan Pergerakan Wanita Bahagian Penampang itu diadakan di Perkarangan Pejabat UPKO Penampang, Kg.Hungab, dirasmikan Ketua Wanita UPKO Pusat, Datin Juliana Jani dan penutupan disempurnakan oleh Timbalan Presiden UPKO merangkap Ketua Bahagian UPKO Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin.

Felimena merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa wanita yang baru dan lama atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya menerajui kepimpinan Wanita UPKO Penampang.


Ketika ditemui Nabalu News selepas mesyuarat itu hari ini, Felimena berkata, Wanita UPKO Penampang akan meneruskan aktiviti amal yang telahpun dilaksanakan sebelum ini dan merancang beberapa program lain yang bersesuaian dengan minat wanita khususnya wanita muda.


“Ini adalah antara pendekatan kami membantu wanita di sini seterusnya mendengar keperluan mesyarakat akar umbi.


“Wanita juga akan bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda dan Generasi Muda (GEM) UPKO Penampang untuk memantapkan lagi kekuatan parti,” katanya.

bottom of page