top of page
  • Wartawan Nabalu News

Fenomena air pasang besar: Lebih 1,500 mangsa ditempatkan di PPS


27 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Seramai 1,589 orang mangsa bersamaan 355 buah keluarga yang terjejas fenomena air pasang besar kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).


Menteri di Jabaran Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sadawak Dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Amrizan Mohd Ali berkata sebanyak sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pitas, Kota Belud dan Sandakan kini aktif bagi menempatkan mangsa yang terjejas.


"Fenomena air pasang tersebut diramal bermula pada 22 hingga 28 Disember melibatkan Daerah Kota Kinabalu, Pitas, Sandakan, Kota Belud, Tuaran dan Kudat," katanya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, pihak MET Malaysia baru-baru inu sekali lagi mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di beberapa kawasan antaranya ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Daerah Kudat sehingga 28 Disember.


Sementara itu, Armizan berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan telah melaporkan sebanyak 108 buahr umah roboh kesan air pasang besar pada 24 Disember dan menjejaskan sebanyak 864 buah rumah.


"Fenomena ini melibatkan seramai 122 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dan 686 orang mangsa. JPBD Sandakan telah mengaktifkan sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 1 dan 2 bagi menempatkan mangsa," ujarnya.



bottom of page