Gagasan Rakyat komited terus jadi tunjang kekuatan GRS – Nizam
- nabalunews
- May 8
- 2 min read

8 Mei 2025
KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyambut baik kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, yang mahu semua komponen GRS berada dalam keadaan harmoni dan bersatu menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang.
Beliau menegaskan bahawa sokongan penuh Gagasan Rakyat terhadap kepimpinan Hajiji, yang juga Ketua Menteri Serta serta komitmen parti untuk memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya negeri ke-17 (PRN-17) demi kestabilan dan kesinambungan pembangunan di Sabah.
Nizam berkata, pelaksanaan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021–2025) menunjukkan hasil yang meyakinkan, meletakkan Sabah di landasan yang betul dalam aspek ekonomi, pelaburan, pendidikan, dan kesejahteraan rakyat.
"Kini, kita bersedia melangkah ke fasa baharu iaitu SMJ 2.0 (2026–2030), yang menuntut kestabilan politik sebagai asas utama untuk pelaksanaan dasar yang berterusan dan menyeluruh.
Masalah-masalah legasi seperti air, elektrik, dan jalan raya tidak boleh lagi dibiarkan berlarutan.
Penyelesaiannya memerlukan pentadbiran yang stabil, dasar yang konsisten dan komitmen jangka panjang yang hanya boleh dicapai dengan mandat yang kuat kepada GRS.
Gagasan Rakyat komited untuk terus menjadi tunjang kekuatan GRS, memperkukuh kerjasama antara parti komponen serta menyampaikan mesej perpaduan, kestabilan dan kemajuan kepada rakyat Sabah," katanya.
Nizam mengulas kenyataan Hajiji yang menyifatkan pertemuan presiden Gagasan Rakyat dengan presiden-presiden parti kompenen GRS semalam sebagai mesra.
Hajiji telah mengadakan pertemuan minum petang dengan kesemua tujuh presiden komponen GRS di Sri Gaya semalam telah berjanji untuk memastikan kemenangan GRS dalam pilihan raya akan datang.
“Saya menghargai pandangan dan pendapat mereka. Mereka semua adalah pemimpin politik yang matang dan memahami kepentingan GRS sebagai barisan bersatu menjelang pilihan raya,” kata Hajiji.
Presiden komponen GRS yang menghadiri pertemuan itu terdiri pemangku presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, presiden Parti Soladiriti Tanah Airku (Star), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, president USNO Tan Sri Pandikar Amin, presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, presiden Parti Liberal Demikratik (LDP), Chin Su Phin dan presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah.
Pertemuan itu juga turut dihadiri timbalan presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.
Comments