GEM UPKO Beluran berjaya anjur E-Sukan Mobile Legends
top of page
  • Wartawan Nabalu News

GEM UPKO Beluran berjaya anjur E-Sukan Mobile Legends


Emmanuel (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama.

1 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Pergerakan Generasi Muda (GEM) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Beluran berjaya menganjurkan pertandingan E-Sukan Mobile Legends peringkat bahagian Beluran.


Ketuanya Emmanuel Atin berkata, pertandingan secara bersemuka itu yang julung kalinya diadakan selepas pendamik Covid-19 mendapat sambutan amat baik daripada golongan muda daerah Telupid, Beluran dan Sugut.


Emmanuel ketika berucap pada majlis itu.

“Tujuannya adalah untuk melatih kesabaran, komunikasi dan semangat kerjasama berpasukan serta melatih menyusun strategi untuk bersaing dengan pihak lawan.


“Antara kebaikan dalam E-Sukan ialah ia mampu mengasah pemikiran para peserta dan juga memberikan input agar golongan muda yang berminat dalam E-Sukan ini harus bijak mengurus masa,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Emmanuel menyampaikan hadiah kepada pemenang naib juara.

Emmanuel yang juga Presiden Majlis Belia Daerah Telupid berkata, pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Dataran Pekan Telupid.


“Sebanyak 10 pasukan melibatkan 60 peserta dari tiga daerah menyertai pertandingan ini,” katanya.


Tempat ketiga.

Tempat pertama dimenangi El Ganador mewakili Telupid, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Okashira Dragneel juga dari Telupid dan ketiga TPE/Beluran.


Dengan kemenangan itu El Ganador menerima hadiah wang tunai RM500 dan tropi, manakala Okashira Dragneel dan TPE/Beluran masing-masing menerima RM300 dan RM100. Kesemua pemenang menerima sijil penyertaan.


Penganjur turut menyediakan hadiah saguhati sebanyak RM50 dan sijil penyertaan kepada setiap pasukan.



bottom of page