top of page

Gempa bumi magnitud 7.1 landa barat daya Jepun, amaran tsunami dikeluarkan

nabalunews


8 Ogos 2024


TOKYO: Jepun dikejutkan dengan gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 yang melanda barat daya negara itu hari ini, mengakibatkan amaran tsunami dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi itu berlaku sekitar jam 4:43 petang waktu tempatan (0743 GMT) di luar wilayah Miyazaki, yang terletak di pulau utama barat Kyushu.


Setakat ini, tiada laporan awal mengenai kerosakan besar yang dilaporkan akibat gempa tersebut.


Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, turut mengesahkan bahawa tiada laporan kerosakan di loji tenaga nuklear susulan gempa bumi itu.


"Kerajaan sedang memeriksa keadaan bagi memastikan tiada kerosakan besar atau kemalangan jiwa," tambah Yoshimasa.


Sementara itu, penyiar NHK melaporkan bahawa ombak setinggi 50 cm (20 inci) telah dilaporkan berlaku di wilayah Miyazaki, berikutan amaran tsunami yang dikeluarkan.


Pihak berkuasa kini sedang memantau situasi dengan teliti dan memberikan amaran kepada penduduk di kawasan pantai agar berjaga-jaga.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page