Gesaan Ewon tanding lebih banyak kerusi disambut baik UPKO Melalap
13 Sept 2023
TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Melalap menyambut baik mesej Presiden Datuk Ewon Benedick bahawa Upko perlu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum negeri (PRN) akan datang.
Ketua penerangan Upko Melalap, Judis Nasir (gambar) mengulas kenyataan media Ewon, baru-baru ini. Dalam kenyataan tersebut, Ewon berkata memenangi kerusi banyak bergantung kepada keberkesanan (ATM) kepimpinan dan pendekatan jentera di kawasan yang ingin ditandingi, lapor Harian Express.
Judis berkata, mesej pucuk pimpinan akan menyuntik semangat dalam perjuangan parti itu, khususnya Melalap
Perjuangan Upko Melalap tidak pernah pudar sejak mula-mula bertapak di Melalap sehingga sekarang, kata Judis.
Beliau tidak menafikan keadaan Upko di
sini kucar-kacir seketika apabila ketua bahagian Datuk Dr Lucas Umbul meletakkan jawatan dan keluar dari Upko untuk menyertai Star.
Timbalan ketua bahagian, Junik Bajit ketika ini menyandang jawatan ketua tersebut.
Comments