top of page

Grelydia sumbang kerusi kepada Gereja SIB Ulu Liawan

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Grelydia (kanan) menyampaikan sumbangan kerusi kepada Mini.
Grelydia (kanan) menyampaikan sumbangan kerusi kepada Mini.

9 September 2025


KENINGAU: Penyelaras DAP P.180 Keningau Grelydia Gillod menyumbangkan kerusi kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Ulu Liawan.


Kerusi yang disumbangkan itu adalah menampung keperluan umat semasa menjalankan ibadah dan aktiviti keagamaan seperti sambutan perayaan Krismas, Paskah dan sebagainya.


Menurut Grelydia, dia memberi sumbangan kerusi itu sebaik sahaja menerima sumbangan permohonan daripada pihak pengurusan gereja.


Katanya, beliau sentiasa dan bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan bantuan.


Sementara itu Timbalan Pengerusi Gereja SIB Ulu Liawan Puan Mini Julis yang menerima sumbangan kerusi itu merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Grelydia yang sudi membantu pihak gereja.


"Saya mewakili umat menyampaikan ucapan terima kasih atas sumbangan ini" katanya.


Dengan adanya sumbangan kerusi ini katanya, ia dapat menampung tempat duduk mereka apabila ada aktiviti yang dijalankan dalam gereja.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page