GRS akur keputusan Agong wujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

GRS akur keputusan Agong wujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara


24 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akur dengan keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.


Beliau berkata, ini kerana GRS berpendirian bahawa perlu pembentukan kerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.


“Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.


“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.


“Untuk memastikan negara maju ke hadapan, kita mesti mempunyai kestabilan politik demi menjamin pembangunan ekonomi ke arah kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

bottom of page