top of page

GRS Bukan Liabiliti, Mustapha Sendiri Gagal Selesaikan Masalah Asas Di Sepanggar

  • nabalunews
  • Aug 17, 2025
  • 1 min read

17 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Darau, mengecam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud yang melabelkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai liabiliti.


Ketuanya, Abqaree Fawwaz Abekan, berkata kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar itu sebaliknya hanya memperlihatkan kelemahan sendiri sebagai wakil rakyat yang gagal menyelesaikan masalah asas di kawasan Sepanggar.


Katanya, rakyat Sepanggar masih berdepan rungutan sama setiap hari, iaitu bekalan air paip yang tidak stabil, jalan raya berlubang dan sesak serta masalah elektrik sering terputus.


"Inilah realiti yang dihadapi masyarakat tempatan, namun sehingga kini masih tiada penyelesaian konkrit daripada wakil rakyat kawasan ini.


“Mustapha sepatutnya bekerja keras turun padang menyelesaikan masalah rakyat di Sepanggar.


"Malangnya, beliau lebih sibuk mencari salah orang lain. Jangan jadi pemimpin yang hanya tahu bercakap di media, tetapi gagal membawa perubahan di kawasan sendiri. Ukur baju di badan sendiri dahulu,” katanya.


Beliau berkata, liabiliti sebenar bukanlah GRS tetapi Mustapha sendiri yang gagal menunjukkan prestasi sebagai Ahli Parlimen Sepanggar.


"Sejak dipilih, beliau lebih banyak berpolitik di media nasional daripada benar-benar turun padang mendengar masalah rakyat.


"GRS terus konsisten membawa kestabilan politik dan membela rakyat Sabah, manakala Mustapha pula masih gagal membuktikan prestasi di kawasan yang beliau wakili," katanya.

 
 
 

1 Comment


Lumos SEO
Lumos SEO
Aug 17, 2025

Invest Smart with Anika Property’s UAE Expertise

With 8,234 apartments and 1,814 villas, Anika Property delivers exclusive real estate options in the UAE. Our innovative tech and global network ensure seamless buying or renting, earning a 99% satisfaction rate. Lily in Abu Dhabi loves our transparent process. Discover high-ROI properties at anika-property.com now!

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page