top of page
  • Wartawan Nabalu News

Hajiji adakan permuafakatan ADUN GRS-PH, rombakan kabinet bakal berlaku?

5 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sebentar tadi.


Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick yang juga ADUN Kadamaian.


Kesemua ADUN PH Sabah juga hadir ke perjumpaan tersebut.


Perjumpaan tersebut menamatkan spekulasi khabar angin usaha menggulingkan kepimpinan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.


Hajiji juga difahamkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa ADUN daripada Barisan Nasional (BN).


Perjumpaan Hajiji dengan ADUN-ADUN tersebut mencetuskan kemungkinan rombakan kabinet Kerajaan Sabah berikut laporan yang mendakwa terdapat usaha untuk menggulingkan beliau sebagai Ketua Menteri.


Terdahulu sidang media mantan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Shafie Apdal juga dibatalkan pada saat akhir atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Comments


bottom of page